Sunday, 23 September 2012

Peraturan Keselamatan Melakukan Kerja Kimpalan

PENGENALAN


Aspek keselamatan adalah perkara yang perlu dipandang serius kerana ianya dapat mengelakkan kejadian yang boleh mencederakan seseorang atau membawa kematian dan juga boleh membawa kerugian. Keselamatan diri dan keselamatan alatan perlulah dipatuhi. Seperti kerja-kerja kimpalan,samaada melakukan kerja kimpalan seperti pemotongan, pemeterian, pemanasan dengan menggunakan mesin kimpal, peraturan keselamatan perlu diutamankan. Keadaan bengkel yang kemas dan bersih dengan tidak membiarkan alatan tajam, panas diletakkan merata-rata. Susun atur bengkel haruslah dititikberatkan supaya ianya tidak mendatangkan bahaya kepada pekerja.





LANGKAH KESELAMATAN DIRI 


  • Mematuhi keselamatan yang telah ditetapkan.
  • Mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum memulakan kerja.
  • Memakai peralatan pelindungan diri sebelum memulakan kerja.
  • Memakai pakaian yang sesuai dan kemas ketika melakukan kerja kimpalan.
  • memakai kasut yang bertutup penuh, tapak yang bergetah semasa bekerja.
  • Bagi pekerja yang berambut panjang, rambut mestilah sentiasa diikat dan kemas.
  • Pekerja tidak digalakkan memakai perhiasan daripada logam seperti rantai, jam, gelang dan lain-lain.
  • memeriksa dahulu jentera/mesin sebelum memulakan kerja.


Pemakaian keselamatan kerja kimpalan.



LANGKAH KESELAMATAN KETIKA MELAKUKAN KERJA KIMPALAN

  • Memakai alatan-alatan keselamatan seperti memakai cermin mata keselamatan, memakai sarung tangan, alat pelindung muka, penutup telinga dan sebagainya.
  • Tidak bergurau menggunakan alatan yang tajam dan panas ketika menjalankan tugas.
  • Tidak cuai ketika menjalankan tugas.
  • Memberikan kerjasama dengan rakan sekerja ketika menjalankan tugas.
  • Memberikan perhatian penuh ketika menjalankan tugas.

LANGKAH KESELAMATAN SETELAH SELESAI MELAKUKAN KERJA KIMPALAN

  • Menyimpan alatan-alatan tajam ditempat yang sesuai yang boleh mendatangkan kecederaan
  • Memastikan suis mesin untuk melakukan kerja kimpalan ditutup dengan baik.
  • Memastikan tempat yang melakukan kerja dibersihkan dengan baik seperti lantai tidak licin dengan tompokan minyak, alatan-alatan yang digunakan ditempatkan tempat yang asal, dan tidak berselerak.
  • Tempat alatan yang disimpan mestilah sesuai dengan keadaannya seperti tidak menyimpan alatan mudah terbakar ditempat yang berdekatan dengan bahan bakar.





21 comments:

  1. thanks ah,perfect asignment kimpalan aku

    ReplyDelete
  2. tima kasih..nak cedok boleh..hehehe?

    ReplyDelete
  3. Perniagaan kimpalan dijalankan di kawasan perumahan boleh ke? Menganggu jiran dengan bunyi bising, bau cat yang kurang menyenangkan dn membimbangkan dari segi keselamatan yang akan menyebabkan kebakaran.Dah buat aduan pada majlis tempatan dan di beri amaran tapi tetap diteruskan juga..Bukan niat nak tutup periuk nasi tapi tak tahan bunyi yg menganggu setiap hari ini..Apalagi yang boleh dibuat ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar lah orang nak cari rezeki,,,

      Delete
    2. Kau tau dia nak cari duit kita mesti hormat walaupun dia kerja kimpalan itu bising atau bahaya tapi Dorang itu sudah prosional

      Delete
  4. Ada company yang suruh pakai safety vest semasa proses kerja kimpalan. So macam mana?

    ReplyDelete
  5. 𝕄𝕒𝕟𝕥𝕦𝕝 𝕔𝕒𝕞𝕟𝕚 𝕓𝕒𝕣𝕦 𝕓𝕠𝕝𝕖 𝕕𝕒𝕡𝕒𝕥 4𝕗𝕝𝕒𝕥.

    ReplyDelete
  6. nice bro tq ...ni daoat saya lepas exam sem 1 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tak sempat sem 1 dah pkp derrrr adeee

      Delete
    2. Perr aku baru je masok sem 1

      Delete
  7. izankan saya ambil nota dari boss

    ReplyDelete
  8. Perlu dicabut atau tidak kepala bateri ketita kerja welding dilakukan

    ReplyDelete