Sunday, 23 September 2012

Peraturan Keselamatan Melakukan Kerja Kimpalan

PENGENALAN


Aspek keselamatan adalah perkara yang perlu dipandang serius kerana ianya dapat mengelakkan kejadian yang boleh mencederakan seseorang atau membawa kematian dan juga boleh membawa kerugian. Keselamatan diri dan keselamatan alatan perlulah dipatuhi. Seperti kerja-kerja kimpalan,samaada melakukan kerja kimpalan seperti pemotongan, pemeterian, pemanasan dengan menggunakan mesin kimpal, peraturan keselamatan perlu diutamankan. Keadaan bengkel yang kemas dan bersih dengan tidak membiarkan alatan tajam, panas diletakkan merata-rata. Susun atur bengkel haruslah dititikberatkan supaya ianya tidak mendatangkan bahaya kepada pekerja.





LANGKAH KESELAMATAN DIRI 


  • Mematuhi keselamatan yang telah ditetapkan.
  • Mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum memulakan kerja.
  • Memakai peralatan pelindungan diri sebelum memulakan kerja.
  • Memakai pakaian yang sesuai dan kemas ketika melakukan kerja kimpalan.
  • memakai kasut yang bertutup penuh, tapak yang bergetah semasa bekerja.
  • Bagi pekerja yang berambut panjang, rambut mestilah sentiasa diikat dan kemas.
  • Pekerja tidak digalakkan memakai perhiasan daripada logam seperti rantai, jam, gelang dan lain-lain.
  • memeriksa dahulu jentera/mesin sebelum memulakan kerja.


Pemakaian keselamatan kerja kimpalan.



LANGKAH KESELAMATAN KETIKA MELAKUKAN KERJA KIMPALAN

  • Memakai alatan-alatan keselamatan seperti memakai cermin mata keselamatan, memakai sarung tangan, alat pelindung muka, penutup telinga dan sebagainya.
  • Tidak bergurau menggunakan alatan yang tajam dan panas ketika menjalankan tugas.
  • Tidak cuai ketika menjalankan tugas.
  • Memberikan kerjasama dengan rakan sekerja ketika menjalankan tugas.
  • Memberikan perhatian penuh ketika menjalankan tugas.

LANGKAH KESELAMATAN SETELAH SELESAI MELAKUKAN KERJA KIMPALAN

  • Menyimpan alatan-alatan tajam ditempat yang sesuai yang boleh mendatangkan kecederaan
  • Memastikan suis mesin untuk melakukan kerja kimpalan ditutup dengan baik.
  • Memastikan tempat yang melakukan kerja dibersihkan dengan baik seperti lantai tidak licin dengan tompokan minyak, alatan-alatan yang digunakan ditempatkan tempat yang asal, dan tidak berselerak.
  • Tempat alatan yang disimpan mestilah sesuai dengan keadaannya seperti tidak menyimpan alatan mudah terbakar ditempat yang berdekatan dengan bahan bakar.





No comments:

Post a Comment